Rayuan ditolak
Posted by Lawyer Harris on 16:28
Pada 13/12/2016, Datuk Hassan bin Abdul Ghani, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Temerloh telah menolak Rayuan Livingstone Development Sdn Bhd yang difailkan untuk cabar keputusan Mahkamah Sesyen Raub yang telah batalkan 13 Saman yang dibawa oleh Pemaju tehadap pemilik unit diLipis CentrePoint. Tuntutan terhadap pemilik unit adalah untuk sejumlah lebih daripada RM 1juta yang merupakan kos penyelengaraan, insurans, sinking fund dan sebagainya.
Pesuruhjaya Kehakiman juga telah benarkan kos sebanyak RM15,000-00 kepada pemilik unit.
Pemaju mempunyai 30 hari daripada 13/12/2016 untuk rayu keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh keMahkamah Rayuan sebagai usaha terakhir. Buat sementara kita tunggu dan lihat perkembangan ...