Sam and basikal lajak

Posted by Lawyer Harris on 12:01 with No comments

My 2 sens worth 

Sam dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah -

a) Sam telah memandu secara cuai atau dengan kelajuan yang membahayakan orang awam dengan mengambil kira keadaan, kondisi dan saiz jalan dan juga kesesakan pada masa kemalangan atau yang dijangkakan diatas jalan; dan

b) Sam telah mengakibatkan kematian hasil daripada pemanduan cuai dan atau kelajuan yang membahayakan orang awam dengan mengambil kira keadaan, kondisi dan saiz jalan dan juga kesesakan pada masa kemalangan atau yang dijangkakan diatas jalan.

Tertuduh hanya akan dihukum apabila tertuduh telah disabitkan dengan kesalahan sepertimana dalam kertas pertuduhan. Ini bermakna, Mahkamah perlu berpuashati bahawa kesemua elemen pertuduhan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan ketahap prima facie dihujung kes pendakawaan dan tanpa sebarang keraguan apabila tertuduh selesai memberi keterangan.

Maka apabila keputusan dibuat oleh Hakim, Hakim semestinya sudah berpuashati bahawa kesemua elemen pertuduhan telah terbukti. Dalam kes Sam, saya yakin Hakim telah berpuashati bahawa Sam -

a)telah pandu secara cuai atau dengan kelajuan yang membahayakan orang awam dengan mengambil kira keadaan, kondisi dan saiz jalan dan juga kesesakan pada masa kemalangan atau yang dijangkakan diatas jalan; dan

b) telah berlaku kematian akbitan daripada kemalangan tersebut.

Perkara (b) mudah dibuktikan sebab sememengnya ada anak muda meninggal akibat daripada kemalangan tersebut.

Namun adakah Sam cuai -

Untuk isu ini perlu diambil kira keadaan, kondisi dan saiz jalan dan juga kesesakan pada masa kemalangan atau yang dijangkakan diatas jalan.

Memandangkan permohonan kebenaran untuk merayu telah difailkan oleh Sam, saya tidak akan komen isu ini kerana sub sudice. Namun, anda-anda boleh sahaja buat kesimpulan dan andaian masing-masing.

Tiada sebab ibu bapa yang meninggal perlu disalahkan. Tiada undang-undang yang melarang sesiapa daripada berbasikal lajak dan tiada undang-undang yang menyatakan bahawa sesiapa yang ingin berbasikal lajak perlu berbasikal lajak pada masa-masa tertentu. Maka isu berbasikal lajak jam 3 pagi dijalan raya tidak timbul.