Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan

Posted by Lawyer Harris on 15:54
Saya pernah menyatakan bahawa saya berbeza pendapat dengan Peguam DAP yang berhujah bahawa Perdana Menteri boleh dipecat oleh Yang DiPertuan Agung (YDPA) mengikut Perkara 40 Perlembagaan Persekutan.

Untuk memudahkan rujukan, saya salinkan disini Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan

"Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan 49 Undang-Undang Malaysia selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri" 

Dalam petikan diatas, Jemaah Menteri merupakan Cabinet 

Pada saya Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan mempunyai 2 bahagian - 

a) YDPA dikehendaki bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri (Cabinet) atau nasihat seorang Menteri. 

b) YDPA berhak, atas permintaan YDPA, keatas apa-apa informasi berkenaan dengan kerajaan Persekutuan dalam pengetahuan Jemaah Menteri.

Kedua-dua bahagian yang disalinkan diatas adalah jelas. YDPA hanya boleh bertindak selaras dengan nasihat yang diberi oleh cabinet atau seorang Menteri yang bertindak dibawah kuasa am Cabinet. Maka, dalam keadaan memecat Perdana Menteri, saya yakin tidak ada mana-mana Menteri yang mempunyai telur untuk menasihati YDPA agar Perdana Menteri dipecat. Masing-masing mahu cari makan. Jelas juga bahawa Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, memberi hak kepada YDPA untuk memperolehi apa sahaja informasi berkenaan dengan Kerajaan Persekutuan yang ada dalam pengetahuan Jemaah Menteri. 

Tisak ada sebarang pengataan dalam Perkara 40(1) yang mengatakan secara khusus bahawa YDPA mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri. Maka dengan itu adalah menjadi penghujahan saya bahawa Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutaun tidak memberi sebarang kuasa mutlak kepada YDPA untuk memecat Perdana Menteri waima tiada peruntukan yang membenarkan pemecatan mana-mana Menteri oleh YDPA melainkan atas nasihat.

Ada yang berhujah bahawa Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan boleh jadi sandaran untuk memecat Perdana Menteri. Mereka berhujah bahawa memandangkan YDPA mempuyai budibicara untuk melantik Perdana Menteri maka semestinya kuasa tersebut membawa kepada kuasa untuk memecat. Orang yang melantik boleh memecat. Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: -

"Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: 

(a) melantik seorang Perdana Menteri"

Sekali lagi saya mengatakan bahawa saya tidak setuju dengan pandangan seperti itu. Perkara 40(2)(a) perlu dibaca bersama dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Saya salinkan disini untuk mudah memahami -

"(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya. 

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu: 

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu"

Dari petikan diatas maka menjadi jelas bahawa YDPA tidak melantik seseorang sebagai Perdana Menteri ikut suka hati YDPA. YDPA melantik seorang Perdana Menteri yang pada hemat YDPA mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Maka sebelum sumpah jawatan Perdana Menteri diangkat oleh mana-mana ahli parlimen, YDPA sudah sedia maklum bahawa parti yang dipimpin oleh penama tersebut sudah memenangi pilihanraya dan penama tersebut mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. 

Memandangkan perlantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kepada kepercayaan majoriti Dewan rakyat maka pemecatan hendaklah melalui undi tidak percaya ahli Dewan Rakyat yang pada asalnya telah memberi kepercayaan. Kemudian keputusan undi tidak percaya hendaklah dimaklumkan kepada YDPA agar Perdana Menteri baru boleh angkat sumpah jawatan.

Soalan seterusnya - tetapi tiada undi tidak percaya berlaku diDewan Undangan Perak dalam krisis Perak seketika dahulu. Memang tidak ada tetapi majoriti Ahli Undangan Negeri Perak telah menghadap Baginda Sultan Perak dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi percaya atau sokong Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Apa yang berlaku diPerak juga satu cara untuk menyatakan hilang kepercayaan terhadap Pemimpin tertinggi Negeri atau Negara.

Memang betul YDPA mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tetapi YDPA hanya boleh memecat Perdana Menteri apabila YDPA dinasihati oleh Menteri atau Cabinet bahawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri telah berjaya dan Perdana Menteri telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Terkini - YDPA boleh paksa Peguam Negara untuk ambil tindakan terhadap Perdana Menteri atas isu rasuah. Kononya, kuasa ini juga terdapat dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan

InsyaAllah, nanti saya tulis.