Press Conference Bauxsite tragedy
Posted by Lawyer Harris on 14:56

Press Conference dihadiri oleh ibu dan bapa Nureen Ain Juwita binti Mohd Shariff dan Nor Azila binti Mudzafar Shah yang merupakan ibu kepada Salsabila binti Zulkhairi dan Mahathir Mohamad bin Zulkhairi. Nureen, Salsabila dan Mahathir telah mati lemas dalam kolam lombong bauksite diatas tanah pertanian yang digunakan untuk melombong secara haram. Turut hadir sebentar tadi merupakan YB Andansura Rabu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Beserah.

Pemberita dari SinarHarian, MalayMail, BeritaHarian dan New Straits Times turut hadir untuk buat liputan.
Salinan termeterai Writ Saman yang telah difailkan semalam (27/10/2017) melalui Electronic Filing System (efs) dijangka dikembalikan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan awal minggu depan dan seterusnya sesalinan akan diserahkan keatas pemilik tanah.